Saturday, May 15, 2010

Hari Guru Ke-39 Peringkat Kebangsaan


“Guru Pembina Negara Bangsa”

13 Mei 2010

Masjid Negara Kuala Lumpur

Semua muslimin Batch PISMP SEM 1 AMB JAN 2010 telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Hari Guru Ke-39 Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara.

Atucara Majlis:

Solat Maghrib

Solat Sunat Hajat

Bacaan Yasin dan Tahlil

Bacaan Al-Quran oleh Ustaz Mujahidin Bin Nasrudin (Qari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Solat Isyak

Ucapan Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Jamuan

Ketua Batch menjalankan tugas dalam bas sebelum bertolak ke Masjid Negara


Tandatangan orang penting iaitu Ketua Batch sahaja boleh mengesahkan kehadiran Muslimin Batch PISMP SEM 1 AMB JAN 2010


Muslimin berkumpul membaca Yasin dan Tahlil


Sempat lagi main-main sementara tunggu waktu Solat Isyak


Pensyarah yang turut hadir ....

Makan pun secara berjemaah



Semua muka boring tunggu bas sampai lambat tapi sempat lagi makan-makan dan berborak. Dah nak balik maktab.....

Thursday, May 13, 2010

Selamat Berjaya!!

Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana dengan persiapan anda semua? InsyaAllah Khamis (20 Mei 2010) semua ahli batch Januari 2010 akan menduduki peperiksaan akhir semester 1 ini. Harapan kami semoga kita semua akan beroleh kejayaan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu peperiksaan. Semoga mendapat kesihatan yang baik dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan. Amin.

Bagi persediaan anda menghadapi peperiksaan, berikut adalah tips untuk mengurangkan rasa gementar menghadapi peperiksaan. Rujukan : http://tippeperiksaan.webs.com/bilahampirpeperiksaan.htm
"Di antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :
1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.
2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.
3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.
4. Banyakkan berdoa.
Selain itu, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta ibu bapa pelajar hendaklah sentiasa membaca Surah Yasin dan menunaikan solat hajat dua rakaat memohon agar Allah SWT memudahkan serta memberi bantuan ketika menjalani peperiksaan."
Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

PERHATIAN!!




Assalamualaikum buat semua sahabat batch PISMP Januari 2010, program Break The Bricks yang dirancang sebelum ini terpaksa ditunda pelaksanaannya kerana mematuhi arahan pihak pentadbiran berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum. Kesulitan amatlah dikesali. InsyaAllah, program ini akan diteruskan pada semester hadapan.

UNBREAKABLE BRICKS

Wednesday, May 5, 2010

BREAK DA BRICKS!!


BREAK THE BRICKS!!!BREAK THE BRICKS!!!BREAK THE BRICKS!!
Mari sama-sama kita sertai program bersama bagi semua ahli batch PISMP JANUARI 2010 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Mei 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Padang IPG KPI
Masa : 7.00 Pagi

Logo Batch!!

Alhamdulillah, setelah menunggu sekian lama. Akhirnya....pada hari ini (5 Mei 2010) logo batch PISMP Januari 2010 telah tercipta. Tahniah kepada semua ahli batch terutamanya kepada pencipta logo yang mahu identitinya dirahsiakan. :)

UAK oh UAK..

Pada 4 Mei 2010 dan 5 Mei 2010 yang lepas, semua ahli batch PISMP Januari 2010 telah menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK) bagi subjek English Language Profiency (ELP) dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Alhamdulillah, ujian berkenaan berjalan dengan lancar. Semoga kita semua mendapat keputusan yang baik dalam UAK berkenaan. Amin.











**Pesanan Admin: ini adalah sebahagian gambar yang berjaya diambil sekitar lokasi UAK di Dewan Abdul Jalil dan Dewan Idris Al-Marbawi. bagi ahli kelas dalam batch ini yang menduduki UAK di tempat lain (Bilik Taranum), harap maaf kerana tidak dapat mengambil gambar anda. Tetapi doa agar sama-sama mendapat keputusan yang baik tidak mengenepikan anda. :)

Sekitar Sesi Fotografi!!


senyuman TIGEEE... :)

cepatla setting tempat..nak bergambar nie..

kejap..kejap..belum ready lagi..


cepat senyum ada orang tangkap gambar kita!! :)


pening kepala si Ketua Editor..

Sekitar Forum Ada Apa Dengan Cinta

Sebagaimana yang semua tahu, Forum Ada Apa Dengan Cinta telah diadakan pada 16 April 2010 yang lalu. Moderator bagi forum berkenaan ialah saudara Mohd Khairul Afif bin Abdul Majid manakala barisan ahli panel dianggotai oleh Ustaz Shahril bin Shafei, saudara Hafidz Arif bin Ismail dan saudara Mohd Izzul Islam bin Kasni.











Terima kasih kepada ahli batch PISMP Januari 2010 yang hadir.