Thursday, April 15, 2010

Jom Kita Meriahkan Forum Ada Apa Dengan Cinta





Happy 20th Birthday Hanif

Wakil Batch PISMP Semester 1 mengucapkan selamat hari lahir yang ke 20 buat saudara Mohd Haniff Bin Hamid. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dipayungi dengan rahmat Allah.


HAPPY 20th BIRTHDAY !!!

MOHD HANIFF BIN HAMID




Pengumuman Jadual Peperiksaan

Pengumuman kepada semua ahli Batch

Jadual peperiksaan Ujian Akhir Kursus (UAK) dan peperiksaan akhir PISMP Semester 1 yang dipaparkan di papan kenyataan di Unit Peperiksaan masih belum disahkan sepenuhnya. Unit Peperiksaan akan mengadakan satu mesyurat pengesahan pada minggu depan berkaitan dengan jadual peperiksaan tersebut. Sebarang maklumat akan diberitahu kemudian.Harap maklum.


Wednesday, April 14, 2010

Semoga Cepat Sembuh Zahid Dan Hanif


Malam tadi mendapat khabar berita bahawa sahabat kita iaitu Zahid dan Hanif dari kuliah PISMP 1.04 (PJ) di timpa kemalangan di Limau Manis. Sebelum kejadian dikhabarkan bahawa mereka berdua yang menunggang motosikal memotong sebuah lori di satu selekoh tanpa mereka sedari terdapat timbunan pasir di selekoh tersebut.

Kemudiannya Zahid dan Hanif telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bangi ditemani rakan sekuliah mereka untuk mendapatkan rawatan dan sejurus rawatan, doktor mengarahkan mereka ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan menaiki ambulans. Ketika menerima rawatan Zahid telah menerima berbelas jahitan di dagunya akibat lubang yang agak besar kecederaannya manakala Hanif pula di sikunya dan mengalami kecederaan tendon.

Kami wakil dari Batch PISMP Ambilan Januari 2010, mendoakan agar Zahid dan Hanif tabah dan sabar menerima dugaan ini. Kami mendoakan agar anda berdua cepat sembuh dan jadikanlah musibah yang menimpa diri kalian berdua ini menjadi ikhtibar pada masa akan datang dan jadikanlah ujian dari Allah S.W.T ini tanda cinta Allah kepada anda.

SEMOGA CEPAT SEMBUH
ZAHID & HANIF

Jadual Peperiksaan SEM 1

Makluman ini kepada semua pelajar PISMP Semester 1

Untuk makluman anda semua, jadual peperiksaan untuk PISMP SEM 1 sudah dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan. Anda boleh merujuk jadual peperiksaan tersebut di papan kenyataan Unit Peperiksaan di ruangan kolum "TERKINI".


Bengkel Penulisan Ilmiah

Anda masih tercari-cari teknik penulisan ilmiah yang betul?Masih melakukan kesilapan yang serupa berulang kali?Inilah apa yang anda cari!! Semua ahli batch PISMP Jan 10 telah DIWAJIBKAN menyertai Bengkel Penulisan Ilmiah anjuran Jabatan Penyelidikan&Profesionalisme Keguruan dengan kerjasama Biro Akademik& Pembangunan Sumber Manusia pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 April 2010

Masa : 8.00pagi-4.30 petang

Tempat : Dewan Prof. Abdul Jalil


Alhamdulillah, beberapa pengisian bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Tahniah kepada semua!! Berikut merupakan slot-slot yang telah diikuti oleh semua ahli batch PISMP Jan 10.

Slot 1: Ceramah Gaya Penulisan Mengikut ‘APA’ disampaikan oleh Dr Bushro Ali

Slot 2 : Teknikal dan Mekanikal Penulisan Laporan Kajian Tindakan disampaikan Pn Mahawa

Slot 3 : Bengkel Gaya Penulisan Penyelidikan&Pembentangan Kumpulan


P/S : Gambar sekitar bengkel akan di siarkan tidak lami. Harap maklum

Monday, April 12, 2010

Gempur Subuh Dan Solat Dhuha


Bermula pada hari Jumaat ini (16 April 2010) akan dimulakan pelaksanaan program Gempur Subuh!! Penghuni muslimin dikehendaki berkumpul di dataran blok A manakala penghuni muslimat dikehendaki berkumpul di dataran blok C seawal jam 5.30 pagi bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Solat sunat dhuha juga akan diadakan. Kerjasama daripada semua amatlah diharapkan.

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha :

Dari setelah matahari meninggi sejengkal, lebih kurang jam 8 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.


Bilangan Rakaat :

Dari peling sedikit dua rakaat dan mengikuti riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.


Antara Kelebihan Solat Dhuha :

1. Diampunkan dosa-dosa yang lalu walaupun seperti buih di lautan.

2. Dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T

3. Allah Ta'ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Bina Insan Guru










1. Ahli Batch PISMP ambilan Januari 2010 telah selamat menjalani Program Bina Insan Guru bagi fasa 1 Siri 1 dan Siri 4. Program BIG Fasa 1 Siri 1 telah disertai oleh seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada pelajar kuliah PISMP 1.01, 1.02 dan 1.03 bermula pada 2 hingga 5 Mac 2010. Manakala BIG fasa 1 siri 4 pula telah diadakan pada 30 Mac hingga 2 April 2010 dengan disertai seramai 62 orang peserta dari kuliah PISMP 1.04, 1.05 dan 1.06.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan, Kembara, Berkayak, Malam Kebudayaan dan sebagainya. Kedua-dua program BIG ini telah dijayakan dengan jayanya tanpa berlaku sebarang masalah. Tahniah diucapkan kepada semua!!!!

Taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah

PBS??

Apa itu PBS??

Pergi Balik Sekolah ke??

Ingin tahu lebih mendalam??

Jom sertai taklimat PBS bagi pelajar semester 1 PISMP ambilan Januari 2010 yang akan diadakan berdasarkan maklumat seperti berikut:

Tarikh: 11 Mac 2010

Masa: 2.00-4.30 petang

Tempat: Dewan Syarahan Abdul Jalil

Selamat menjalankan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (School Base Experiences)

Gambar Sekitar Pengalaman Berasaskan Sekolah






ANDA ADA FACEBOOK??

BERMINAT NAK TAMBAH KAWAN??

JANGAN LUPA SERTAI FACEBOOK BATCH PISMP 2010 !!!


Sungguh mudah:

1. Taip Pismp Intake-twozeroten di ruangan “Search”

2. Klik ikon “Add as Friend”

3. Klik ikon “Send Request”

Kini anda sudah menjadi sebahagian daripada teman facebook Pismp Intake-twozeroten.

Sungguh mudah bukan..

Yang jauh & dekat kita eratkan..

Ukhwah terjalin bersama disimpulkan..

Sambutan Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua ahli batch PISMP Jan 10! 5 Mac 2010 (Jumaat) menyaksikan kita semua mengambil bahagian dalam sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG KPI yang turut disertai oleh semua warga IPG tercinta ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama menghasilkan sepanduk-sepanduk yang cantik, menyertai perarakan sambil berselawat.

Perutusan Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah,Setinggi-tinggi Puja dan Puji dirafa’kan kepada Tuhan Pencipta alam dan seluas-luas hamparan kesyukuran atas segala nikmat yang tidak mampu di hitung.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang membawa sinaran cahaya menerangi alam ini.Juga salam kepada ahlul bait,para sahabat,tabein dan seluruh manusia yang bersama-sama mengikuti jejak rantaian perjuangan murni menegakkan kalimah Allah di tempat yang selayaknya.Membawa ummah kearah keredhaan Allah.


12 Rabiul awwal merupakan salah satu tarikh penting dalam Kalendar umat islam,lahirnya seorang insan yang terpilih bagi menerangi alam buana ini dengan cahaya iman dan islam.Tanggal keramat ini di namakan sebagai hari Maulidur Rasul yang bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.Sambutan maulidur rasul ini merupakan salah satu cara bagi mengamit serta menyegarkan kembaliingatan kita pada Baginda Rasul S.A.W.


Perihal sambutan Maulidur Rasul ini sebenarnya telah ada sejak dahulu lagi dan sejarah ini tercatat dalam kitab-kitab yang di karang oleh ulama’-ulama terdahulu,Antaranya,Dalam Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), di dalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.


"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."


Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi ) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.


Jelas di sini sambutan Maulidur Rasul di adakan adalah untuk membangkitkan rasa kerinduan,kecintaan menyedarkan umat manusia tentang jasa dan pengorbanan insan mulia ini.


Mengingati Rasulullah s.a.w. adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.





Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing dan jauh daripada menghayati episod perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.


Perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh umat Islam. Hanya sekadar menjadi agenda tahunan dengan peruntukan yang ribuan ringgit malah ada yang mencecah ratusan ribu.Bukanlah menjadi satu kesalahan mengadakan sambutan-sambutan sedemikian rupa,tetapi apa yang lebih penting ialah menghayati sirah kehidupan Rasulullah dan menjadikan ia sebagai panduan kepada kita dalam segenap aspek. Ayuh kita perhatikan kembali,apakah setiap jalan kehidupan yang kita harungi hari ini mengikut sunnah yang di tunjukkan atau sebaliknya.


Kepada para pelajar tidak kiralah di peringkat mana sekalipun,saya menyarankan agar golongan ini membuat kajian serta menyorot hikmah-hikmah di sebalik lembaran sirah insan agung ini.Bukan sekadar membaca dan mengagumi sosok peribadi baginda tetapi lihatlah episod-episod kehidupan Rasulullah ini sebagai satu tadbir yang telah di susun oleh Allah Taala untuk di jadikan panduan atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."


Sesungguhnya setiap detik hidup baginda adalah satu jalan hidup muslim yang sarankan oleh Allah dan baginda adalah model yang memperagakan penampilan dan cara berfikir sebagai individu muslim.Tiada yang dilakukan atau yang dipertuturkan oleh Rasulullah melainkan ada tersingkap ibrah dan panduan.


Bagi yang berjuang dan bersama-sama rantaian perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menjalankan misi dakwah yang mana golongan yang di gelar daie’ ini,amatlah penting sekali menyingkap rahsia perjalanan insan pejuang ini.Kita berbicara berkaitan perjuangan yang di bawa oleh Rasulullah,maka kita lah yang terlebih dahulu bergerak mengikuti tinggalan sejarah yang penuh hikmah ini,kerana ia adalah landasan yang telah di cipta oleh Rasulullah.Jika kita malas dan tidak mahu berfikir pengajaran dalam lipatan sejarah ini,kita mungkin akan tergelincir dari landasan yang telah sedia ada,dan mungkin ia melemahkan misi yang murni ini iaitu menyeru ke arah kebaikan.


Marilah sama-sama kita tanamkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita.Sebagai seorang indivu muslim,bertekadlah melaksanakan sunnah baginda di setiap lapangan kehidupan. Sebagai seorang bakal pendidik generasi hadapan, marilah kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w serta menjadikan baginda Model Murabbi terbaik. Sebagai barisan pimpinan letakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya.


Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 Kepada semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam


Kejohanan Olahraga Tahunan Datang Lagi


Kejohanan Olahraga Tahunan IPG-KPI 2010 telah berlangsung pada 24 Februari 2010 bertempat di Stadium Utama Khalid Ibni Al-Walid.Sejarah terukir dengan pelbagai kejayaan yang ditempa oleh para atlet tersohor IPG-KPI.Kejohanan kali ini telah diserikan dengan maskot RUSA dan RUSI yang berjaya menarik perhatian para pelajar.Kontinjen Rumah Saidina Ali (Biru) telah menjadi johan dalam acara perbarisan manakala Rumah Saidina Hamzah (Oren) merupakan johan ketegori rumah berhias.Secara umumnya, rumah Oren telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan sekaligus ia merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut.

Tahniah juga diucapkan kepada Adhwa Arif kerana berjaya merangkul Olahragawan Tahun 2010. Kami sangat berbangga dengan kejayaan anda!!!

Cadangan Aktiviti Batch 2010/2011

Berikut merupakan cadangan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang sesi 2010/2011:

1. Membuat perjumpaan dengan pelajar musliat
2. Mencipta logo dan slogan batch
3. Mencipta group dalam Facebook
4. Menerbitkan artikel ilmiah seminggu sekali
5. Mengadakan kem ikhtilat dan aurat
6. Mengadakan kempen solat sunat dhuha
7. Menganjurkan kejohanan Futsal dan bowling
8. Mengajurkan indoor game dan sukaneka
9. Membuat baju batch
10. Solat Hajat
11. Jamuan akhir Tahun


Sebarang cadangan sila kemukakan di ruangan Cbox yang disediakan.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Batch Kali-2

Satu Mesyuarat Majlis Tertinggi Batch Kali ke-2 telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Feb 2010
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Bilik Bestari (B.K 5.08)

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Sesi Taaruf
4. Pembahagian Bidang Kuasa
5. Perancangan aktiviti

Mesyuarat ditangguhkan pada 11.00 Malam

Majlis Tertinggi Batch 2010/2011

Berikut merupakan Carta Organisasi Majlis Tertinggi Batch sesi 2010/2011 :

Pengerusi : Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
Naib Pengerusi : Aisyatun Nabilah Binti Awi
Setiausaha : Muhammad Azli Bin Mustapa
Naib Setiausaha : Adlin Farhana Binti Bahrudin
Bendahari : Muhammad Hazwan Bin Moris
Naib Bendahari : Nurul Farehah Binti Hussin
Dakwah : Mohd Saiful Bin Khalid
Khairul Azmeer Bin Asbi
Helwi : Suhaili Binti Zulkifli
Siti Maisarah Binti Idris
Seranta : Muhammad Hadi Bin Mazalam
Nurul Izzati Binti Zaman
Penerbitan : Muhamad Syamil Sufi Bin Zolkiflie
Nur Hafizah Binti Abdul Hamid
Sukan&Rekreasi : Mohd Haniff Bin Hamid
Siti Suriani Binti Abdullah
Kebajikan : Adhwa Arif Ataullah Bin Nafree
Nur Syamimi Binti Tumiran

Tahniah dari kami kepada anda!!!
Selamat Menjalankan Tugas

Perjumpaan Majlis Tertinggi Batch Kali Pertama

Untuk makluman semua satu Perjumpaan Majlis Tertinggi Batch kali pertama telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Febuari 2010
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Bestari (B.K 5.08)

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Perutusan Pengerusi
2. Pembubaran Majlis Tertinggi Batch 2009/2010
3. Perlantikan Majlis Tertinggi Batch 2010/2011
4. Hal-hal lain
5. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 Petang

Pendaftaran PISMP JAN 2010

Pengumuman!!!

Kepada semua penuntut PPISMP ambilan Julai 2008, adalah dimaklumkan bahawa
PENDAFTARAN TAHUN PERTAMA IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN BAGI PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2010 akan diadakan.

Sukacitanya dimaklumkan pihak IPG Kampus Pendidikan Islam mengucapkan tahniah kepada saudara/saudari kerana berjaya ditawarkan untuk mengikuti kursus tersebut. Sehubungan itu, saudara/saudari dikehendaki melaporkan diri di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi, Selangor mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 03 Januari 2010
Masa : 2.00 petang- 5.00 petang
Tempat : Asrama Blok C (Siti Khadijah)
IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor

Semua pelajar diwajibkan hadir dalam perhimpunan pagi dengan berpakaian kemas pada

Tarikh : 14 Januari 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Besar Nik Mohyidin Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam.


Sila Muat Turun Surat Panggilan :

http:// www.ipislam.edu.my/
(Sila prontkan surat ini dan dibawa bersama semasa sesi pendaftaran)