Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 5) Lelaki yang baik sangka 6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikanyang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seoranglelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:- 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segalakeinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorangperempuan.Sabda Rasulullah SAW:- “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” SurahAl-Ahzab: Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang. Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja. Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami, waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian
Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian, kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian, hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis. Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah amanah itu jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya. Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA, kalian akan menjadi halal bagi kami.
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabbi, ampunilah daku. Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, untuk iman yang tak dipelihara, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab, Ya Rabbi, Engkaulah mengawasi kami setiap detik, kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami, Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...
Salam dan puji-pujian buat ALLAH S.W.T dan Nabi Junjungan kita..
Mari kita fikirkan. Dalam usaha kita mengejar kejayaan, kita akan tempuhi kegagalan. Selalunya, kegagalan dipandang negatif kerana ia membuat kita rasa sedih, marah, kecewa, sakit hati dan sebagainya. Namun, ramai antara kita tidak sedar bahawa kegagalan adalah guru yang terbaik.
Apabila kita gagal, kita akan lebih mudah ingat berbanding kita berjaya. Contohnya, bila kita gagal dalam peperiksaan, kita akan lebih ingat dan berhati-hati di masa akan datang.
Apa yang perlu kita sama-sama fikirkan ialah, disebabkan kegagalan adalah guru yang terbaik, kejayaan boleh menjadi sebab kejatuhan dan kegagalan kita.
Bagaimana pula?
Apabila kita sedang menuju kejayaan, kita akan mula mendapat kejayaan-kejayaan kecil. Kejayaan-kejayaan kecil ini jika tidak diberi perhatian yang betul akan membuat kita lupa dan bangga diri. Kita mula rasa kita lebih pandai daripada orang lain. Kita mula rasa kita yang paling hebat. Lebih menyedihkan, kita mula memandang rendah kepada orang-orang yang selama ini kita hormat kerana kita rasa kita lebih hebat daripada mereka.
Apa yang bahaya di sini ialah, apabila kita mula rasa kita lebih pandai, kita akan mula berhenti belajar. Apabila kita mula memandang rendah pada kebolehan orang lain, kita mula leka dan tidak sedar akan kelebihan mereka. Orang-orang yang kita pandang rendah ini juga akan sedar bahawa kita sedang memandang rendah kepada mereka dan mereka mula hilang rasa hormat kepada kita. Jadi, kita tidak akan dapat belajar apa-apa atau mendapat pertolongan apa-apa daripada mereka.
Apa yang penting ialah, pastikan kejayaan tidak membuat kita lupa dan leka. Pastikan kejayaan tidak membuat kita besar kepala dan lupa dari mana kita bermula. Lebih penting lagi, jangan risau jika asyik temui kegagalan kerana kegagalan adalah guru yang terbaik……
Salam dan puji-pujian buat ALLAH S.W.T dan Nabi Junjungan kita..
Apa khabar anda semua? Harap semua sihat-sihat belaka. Baru-baru ini keputusan peperiksaan akhir semester 2 sudah diumumkan dan keputusannya juga sudah di tampat di papan kenyataan Unit Peperiksaan. Bagaimana keputusan reaksi anda mengenai pencapaian pada kali ini? Di harapkan semuanya berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Bagi yang tidak berjaya mendapat keputusan yang diinginkan, janganlah anda berputus asa. Yakinlah diri dengan rezeki ALLAH S.W.T, insyallah dengan berkat usaha dan doa anda pada semester ini, keputusan cemerlang pasti akan berjaya anda raih. Bagi yang menepati sasaran pada peperiksaan pada kali ini tahniah kami ucapkan.Teruskan usaha anda untuk kecemerlangan yang akan datang. Tetapi ingat, apabila sudah meriah keputusan yang cemerlang, jangalah berbangga dan riak dengan rakan-rakan anda, sentiasalah beringat jangan sentiasa mendongak ke langit, tetapi sesekali tunduklah memandang ke tanah. Sentiasalah bantu-membantu, buangkan sifat iri hati dan dengki kerana itu akan membinasakan diri, tetapi tanamlah sifat kawan sejati agar hati menjadi murni. Jumpa lagi!
Salam dan puji-pujian buat ALLAH S.W.T dan Nabi Junjungan kita
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kini kita masih bertemu lagi bersama. Kami percaya masih anda semua masih terkenangkan saat-saat indah di rumah bersama keluarga dan sanak saudara, benar bukan? Masih lagi teringat akan keenakan masakan ibu di kampung. Bagaikan terasa di lidah ketika ini keenakan gulai lemak ikan sembilang, gulai ayam kampung dan sebagainya. Namun apakan daya perjuangan harus diteruskan, saat-saat keindahan terpaksa dilupakan sejenak demi bergelar seorang yang berilmu. Kami percaya anda mampu melakukannya demi mengejar sebuah cita-cita. Percayalah pada diri anda!
Baiklah, belum terlewat rasanya kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada anda semua. Semoga permulaan tahun baru ini akan lebih membuahkan kejayaan kepada kita semua, bukan sahaja kejayaan di dunia malahan akhirat juga kita utamakan. Pasti di tahun baru ini anda tertanya-tanya mengenai keputusan peperiksaan akhir semester. Jadi kami di sini mendoakan kejayaaan buat kalian semua. Akhir kata, semoga di tahun baru ini, kita semua yang bakal bergelar guru ini kana bertambah iman kepadaNYA dan semoga tali persahabatan akan erat ke akhirnya. Salam Tahun Baru dari kami kepada anda. Teruskan kesetiaan anda kepada kami, dapatkan maklumat dan informasi terkini. Jumpa lagi!
Pada 29/10/10, PISMP JAN 10 telah mengadakan pameran ABM untuk memenuhi sukatan pelajaran kursus WAJ3104 Literasi Bahasa. Pameran yang diadakan di Ruang Legar Aras 4 telah dijayakan dengan kerjasama semua kelas PISMP JAN 10. Pameran berlangsung selama 3 jam setengah bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Tapak pameran Kelas PISMP 2.04
ABM boneka Kelas PISMP 2.03
Macam-macam ABM ada di Kelas PISMP 2.06
Waktu menyanyi bersama Kelas PISMP 2.05
ABM bentuk topeng pun ada di Kelas PISMP 1.01
Siap gantung ABM tak cukup ruang nak letak. Ni ABM kelas PISMP 2.02
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu MEMANG TAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam MEMANG TAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap berbunyi dan menarik perhatian orang lain lebih-lebih lagi lelaki jahat. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah MEMANG TAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Sabda Nabi bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah memakai wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya MEMANG TAK GUNA kata- kata yang keji kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah MEMANG TAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam MEMANG TAK GUNA tudung yang apabila memakainya ternampak bentuk depan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam MEMANG TAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam MEMANG TAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Jika ingin keluar, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu.
9. Perempuan islam MEMANG TAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti itu akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, anda tersangat tidak bersetuju. TAPI MEMANG BETUL KAN!
Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis Riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa).
Puasa enam hari dalam bulan Syawal mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan menyebabkan sistem percernaan di dalam badan beristirehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari seterusnya. Oleh kerana itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk beristirehat dan bertugas secara berangsur-angsur untuk kebaikan jasmani.
Di antara persoalan yang sering timbul tentang puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah dianugerahkan dengan kedua-dua pahala tersebut atau puasa yang mana satu? Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha dan puasa enam dengan berniat puasa qadha dibulan Syawal dan ia akan dianugerahkan dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha adalah wajib sedangkan puasa enam adalah sunat.
Kebanyakan ulama Syafie berpendapat bahawaganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, tetapi pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.Di dalam kitab As-Syarqawi ‘Alat Tahrir yang ditulis oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qadha yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah memenuhi maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal. Namun, pahala yang diperolehi tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekaligus. Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau sendiri maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekaligus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat begitu memasuki masjid sebelum ia duduk.
Persoalan selanjutnya,bagaimanakah jika seseorang khususnya wanita ingin berpuasa berasingan di antara puasa enam dan puasa qadha, yang manakah yang sewajarnya didahulukan? Adakah dalam hal ini kaedah mendahulukan yang wajib dipakai?Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi, salah seorang ulama al-Azhar, menyatakan, puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan di dalam bulan Syawal saja. Tambahan lagi, puasa qadha seseorang itu bebas melakukan di dalam waktu 10 bulan berikutnya sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan datang. Ini bertepatan dengan amalan Ummul Mukmin Aisyah RA yang berpuasa qadha di bulan Syaaban dan diakui oleh Rasulullah SAW dan dikira sebagai sunnah taqririyyah. Namun, jika ia menggabungkan kedua-duanya sekaligus, ia juga diharuskan.
Pada 19/08/10 di Dewan Idris Al-Marbawi, tepat pada pukul 2.30 petang, pelajar PISMP JAN 2010telah diberi taklimatPengalaman Berasaskan Sekolah Semester Ke-2yang akan bermula pada 29/8/10 hingga 2/9/10bagi yang menjalani PBSdi sekolah-sekolah di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Manakala, pelajar yang memilih sekolah-sekolahdi negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedahakan menjalani PBS bermula 30/8/10 hingga 3/9/10. Selamat ber'PBS' diucapkan. Diingatkan pada 31/8/10 iaitu pada hari selasa adalah cuti sekolah sempena Hari Kemerdekaan Ke-53, 1Malaysia: Menjana Transformasi.
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa melonggok-longgokkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah orang yang kedekut?
Orang yang kedekut ialah orang yang mendapat sesuatu pengajaran/peringatan dalam hidup tetapi tidak menyampaikannya kepada orang lain.
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
(Wanita itu adalah hiasan dunia,sebaik-baik hiasan itu adalah wanita solehah)
Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal
Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia.
Seorang Muslimah akan:
Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
Pakaian yang tidak jarang.
Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”
Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir.Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek @ memperlihatkan kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
1.Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.
"Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2.Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3.Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin, ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4.Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu. "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936).
5.Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7.Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
Malanglah mereka, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.
"Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8.Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa
Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya mengaktifkan diri mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9.Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10.Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur
Waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Waktu yang disepakatkan ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11.Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah semasa berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12.Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan : Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
13.Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut..
"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah makbul tatkala ingin berbuka.
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih