Thursday, May 13, 2010

Selamat Berjaya!!

Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana dengan persiapan anda semua? InsyaAllah Khamis (20 Mei 2010) semua ahli batch Januari 2010 akan menduduki peperiksaan akhir semester 1 ini. Harapan kami semoga kita semua akan beroleh kejayaan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu peperiksaan. Semoga mendapat kesihatan yang baik dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan. Amin.

Bagi persediaan anda menghadapi peperiksaan, berikut adalah tips untuk mengurangkan rasa gementar menghadapi peperiksaan. Rujukan : http://tippeperiksaan.webs.com/bilahampirpeperiksaan.htm
"Di antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :
1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.
2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.
3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.
4. Banyakkan berdoa.
Selain itu, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta ibu bapa pelajar hendaklah sentiasa membaca Surah Yasin dan menunaikan solat hajat dua rakaat memohon agar Allah SWT memudahkan serta memberi bantuan ketika menjalani peperiksaan."
Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

No comments:

Post a Comment