Friday, July 30, 2010

Burung vs Cicak.


Laporan Islam On Line 5 Januari 2006. Menteri Norway Boikot Barangan Israel. Menteri Kewangan Norway Kristin Halvorsen menyatakan . Sejak sekian lama saya tidak membeli barangan Israel dan saya menyokong kempen parti saya yang memboikot barangan dan perkhidmatan daripada Israel. Tujuan menteri tersebut memboikot barangan Israel ialah sebagai sokongan ke atas kebebasan hak rakyat Palestin, dan menentang polisi Israel yang melanggar hak asasi manusia.

Seorang menteri bukan Islam dari negara barat memboikot barangan Israel! Bagaimana kita rakyat Malaysia atas perjuangan hak asasi manusia dan lebih-lebih lagi umat Islam di Malaysia ini atas nama saudara dalam Islam ?

Mungkin tindakan kita tidak membeli barangan Israel yang harganya RM 1 - RM 1000 atau lebih tidak akan melemahkan negara Israel. Kita mungkin tidak dapat lari dari barangan Israel tapi kita boleh tinggalkan apa yang termampu untuk kita lakukan. Tidak semua perlu kita tinggalkan kerana ada yang penting untuk kita dan itu tidak salah kita berjual beli dengan orang yahudi kerana Rasulullah berurusan jual beli dengan orang yahudi. Tetapi selagi kita boleh boikot barangan Israel, kita perlu lakukan supaya kita boleh menjawab pertanyaan Allah di akhirat kelak tentang apa yang kita lakukan untuk agama Allah.Maka apa jawapan kita pada Allah kelak apabila ditanya.

Ingat kepada kisah seekor burung kecil ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.


Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu?" Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."

“AKU LAKUKAN INI KERANA INGIN BANTU NABI ALLAH IBRAHIM. AKU TAKUT DAN GERUN APABILA DI MAHSYAR NANTI ALLAH BERTANYA APA YANG TELAH AKU LAKUKAN. DAN SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT HASIL DARI APA YANG KITA LAKUKAN SEBAB SEMUA HASIL ITU ADALAH ANUGERAH ALLAH ATAS USAHA KITA.”

Berikut ialah laman-laman web berkaitan isu Palestin :

Laman web senarai barangan Israel yang perlu diboikot

http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Laman web isu terkini Palestin dalam Bahasa Malaysia

http://palestinkini.info/

AL-QURAN "PEMBELA DI HARI AKHIRAT"


Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya di kala itu orang sangat memerlukannya.”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

Saturday, July 10, 2010

Perasmian Penutupan Break The Brick

Ia dilakukan oleh Wan Muhamad Adidi selaku Ketua Exco Sukan JPP 10/11

Tarik Upih

Perlumbaan paling sengit abad ini dan banyak kemalangan yang tidak keterlaluan.


Lari Kaki Tiga

ACE

Program Break The Brick telah berjaya dilaksanakan oleh ahli batch PISMP JAN 10 pada 10/7/10. Program tersebut telah berjalan lancar sebagaimana dirancangkan.Kerjasama yang diberikan oleh semua telah menjayakan program tersebut dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ukhwah antara ahli batch diharap akan terus bertambah erat. Ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua.

Sesi senamrobik pada permulaan program untuk memanaskan badan.

Permainan Tradisional Baling Selipar salah satu permaianan tradisional yang dimainkan. Gaya "sharp shooter" nak baling selipar.

Gaya seorang hero yang mencari gula-gula dalam tepung.





1,2,3...sebut tepung. Siap ada lambang bodyglove. Besar punye!



Makan tengah hari selepas penat beraksi.

Sesi LDK di Dataran Gerko.

Langkah ke depan mesti besar! Langkah ke belakang kecil pulak!

Perlawanan persahabatan bola sepak selepas solat Asar berjemaah.


BIG

Pada minggu ke-2 pengajian semester ke-2, semua ahli BATCH PISMP JAN 10 telah selesai menjalankan 2 program BIG iaitu Kempen Derma Darah pada 6/7/10 di Bilik SP 3 & SP 4 dengan kerjasama batch PISMP JAN 09 dan Seminar BIG pada 8/7/10 di Dewan Idris Al-Marbawi. Ini bermakna, BATCH PISMP JAN 10 telah selesai menjalankan program BIG untuk pengajian semester ke-2 yang menghendaki semua menjalani 2 jenis program BIG yang berbeza.

KEMPEN DERMA DARAH



Persiapan tempat dilakukan setelah pihak Pusat Darah Negara tiba.

Menunggu giliran untuk menderma darah selepas selesai memeriksa darah.

Kepenatan selepas menderma darah. Rehat cukup-cukup!



SEMINAR

Semua peserta akan diberikan fail apabila mendaftar.


Semua menumpukan sepenuh perhatian kepada ceramah yang diberi.

Salah satu penceramah yang mengisi slot ceramah yang telah dirancang.

Perasmian penutup oleh Dr. Mohamad Hussin.

Saturday, July 3, 2010

PENGUMUMAN

Program Batch “BREAK THE BRICKS” akan diadakan pada 10/7/10. Aturcara program adalah seperti berikut:

7.00 Pendaftaran peserta
7.30 Senaman
8.00 – Permainan Tradisional
10.00 – Rehat
10.30 – Sukaneka
12.30 – Rehat/Makan Tengah Hari/Solat Zohor Berjemaah
2.30 – LDK
3.30 – Majlis Penutup
4.30 – Rehat/Solat Asar Berjemaah
5.00 – Perlawanan Persahabatan (Bola Sepak, Bola Jaring)
6.30 – Rehat/Pengurusan Diri/Solat Maghrib Berjemaah/Solat Hajat dan Tahllil/Solat Isyak Berjemaah
9.00 – Jamuan Makan
11.00 – Bersurai

Pendaftaran peserta akan dilakukan di padang IPG Kampus Pendidikan Islam. Semoga semua dapat melibatkan diri dalam program ini dan sentiasa bekerjasama dalam usaha merapatkan ukhwah antara ahli batch PISMP AMB JAN 2010.